Sudah 2 bulan bekerja, saya akui sudah menjadi satu 'keperluan' untuk saya mendapatkan sebuah kereta. Dihantar untuk menjalankan tugas di luar pejabat amat menyukarkan saya apabila hanya mengharap pada kenderaan orang lain. Walaupun terasa terlalu awal untuk memilikinya, tapi saya sedar ini bukan satu kehendak semata-mata. Jadi, insyaAllah akan berusaha ke arah itu..(seronoknya!!^_^)
Jadi atas sebab itu, penyelidikan harus dibuat dahulu sebelum mengambil keputusan kereta mana harus dipilih. Tapi apa yang penting, biar kurang bergaya, biar kurang mewah, asalkan tidak membebankan. Cukuplah untuk pengangkutan turun dan balik kerja. Saya terjumpa satu laman yang memberi panduan sebelum memilih kenderaan baru. Jom kita baca dan nilai sama-sama ya..!
KOS PEMILIKAN
Ini termasuk kos bayaran bulanan, maintenance, road tax dan insurans, kos alat ganti. Saya sudah kenal pasti kos pemilikan yang saya mampu. Okey, seterusnya....
KUALITI DAN DAYA TAHAN
Kereta yang masih okey setelah bertahun-tahun dipakai dapat menjimatkan kos maintenance. Yang ini, saya tidak begitu pakar, jadi, tanya pada yang pakar...
MASALAH ALAT GANTI
Emmm... selalu saya dengar kereta Perodua memang senang untuk mendapat alat ganti..em..
PENJIMATAN MINYAK
Ini adalah salah satu perkara utama yang perlu diambil kira lebih-ebih lagi harga petroleum yang tidak dapat diramal. Kebanyakan review daripada pengguna dan rakan-rakan serta abang sendiri, Perodua juga adalah salah satu produk jimat minyak.
CIRI-CIRI KESELAMATAN KERETA
Daripada survei yang sudah ditanya pada dealer-dealer kereta, Perodua Alza memiliki tahap keselamatan yang tinggi dan diiktiraf keselamatannya. Tapi, tetap Perodua..
BILANGAN KELUARGA
Saya memiliki keluarga yang besar. Tetapi apabila difikirkan pada faktor-faktor lain, perkara ini saya tidak ambil sebagai perkara utama.
NILAI JUAL SEMULA
Kereta memang mudah menurun dari segi harga jual semula. Jadi, jangkaan untuk membuat jualan semula mungkin samar..
Daripada semua perkara utama yang perlu diambil kira ini, saya sudah dapat mengagak apa pilihan yang bermain di fikiran. Jadi, kita tunggu dan lihat..^_^
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Jika anda sedang berfikir untuk membeli kereta, maka anda telah datang ke blog yang tepat. Blog ini merupakan tapak untuk kami bergerak secara atas talian dalam menjual kereta-kereta keluarga. Selamat ber'blog walking' disini. Sekian Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment