Tuesday, 19 March 2013

Mengenali Kod Tayar Kereta Anda


Kita sering menukar tayar kereta...tapi kita sering lupa untuk meneliti nombor-nombor dan kod-kod yang ada tayar tersebut. Sebenarnya ada maklumat penting seperti, tarikh tayar dikeluarkan dan had laju maksimum yang perlu kita teliti sebelum bersetuju untuk membeli tayar tersebut.....


205/65/R15 94H

Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.

Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 15 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.

Nombor 94 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sehingga 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j 
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 0811 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 8 pada 2011. 

Tips Memilih Kereta


Sudah 2 bulan bekerja, saya akui sudah menjadi satu 'keperluan' untuk saya mendapatkan sebuah kereta. Dihantar untuk menjalankan tugas di luar pejabat amat menyukarkan saya apabila hanya mengharap pada kenderaan orang lain. Walaupun terasa terlalu awal untuk memilikinya, tapi saya sedar ini bukan satu kehendak semata-mata. Jadi, insyaAllah akan berusaha ke arah itu..(seronoknya!!^_^)

Jadi atas sebab itu, penyelidikan harus dibuat dahulu sebelum mengambil keputusan kereta mana harus dipilih. Tapi apa yang penting, biar kurang bergaya, biar kurang mewah, asalkan tidak membebankan. Cukuplah untuk pengangkutan turun dan balik kerja. Saya terjumpa satu laman yang memberi panduan sebelum memilih kenderaan baru. Jom kita baca dan nilai sama-sama ya..! 

KOS PEMILIKAN
Ini termasuk kos bayaran bulanan, maintenance, road tax dan insurans, kos alat ganti. Saya sudah kenal pasti kos pemilikan yang saya mampu. Okey, seterusnya....

KUALITI DAN DAYA TAHAN
Kereta yang masih okey setelah bertahun-tahun dipakai dapat menjimatkan kos maintenance. Yang ini, saya tidak begitu pakar, jadi, tanya pada yang pakar...

MASALAH ALAT GANTI
Emmm... selalu saya dengar kereta Perodua memang senang untuk mendapat alat ganti..em..

PENJIMATAN MINYAK
Ini adalah salah satu perkara utama yang perlu diambil kira lebih-ebih lagi harga petroleum yang tidak dapat diramal. Kebanyakan review daripada pengguna dan rakan-rakan serta abang sendiri, Perodua juga adalah salah satu produk jimat minyak.

CIRI-CIRI KESELAMATAN KERETA
Daripada survei yang sudah ditanya pada dealer-dealer kereta, Perodua Alza memiliki tahap keselamatan yang tinggi dan diiktiraf keselamatannya. Tapi, tetap Perodua..

BILANGAN KELUARGA
Saya memiliki keluarga yang besar. Tetapi apabila difikirkan pada faktor-faktor lain, perkara ini saya tidak ambil sebagai perkara utama. 

NILAI JUAL SEMULA
Kereta memang mudah menurun dari segi harga jual semula. Jadi, jangkaan untuk membuat jualan semula mungkin samar..

Daripada semua perkara utama yang perlu diambil kira ini, saya sudah dapat mengagak apa pilihan yang bermain di fikiran. Jadi, kita tunggu dan lihat..^_^

ENAM CARA PENJAGAAN TAYAR


TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
tyres
Pertama


Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Kedua


Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Keenam

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Kereta Terbesar di Dunia


Kereta ini dibina pada taun 1983. Walaupun ianya tidak berfungsi, namun melihat pada rekabentuknya yang detail memang menarik seandainya dapat bergambar.









Kereta Paling Kecil di Dunia


Kelihatan rekabentuk beberapa buah kereta mini bersaiz kecil berada di atas jalan raya. Kereta ini sememangnya unik kerana dicipta hanya boleh dinaiki oleh seorang hingga dua orang sahaja. Jom kita tengok kereta yang menarik ini.




10 Kereta Termahal Tahun 2012


Kereta menjadi satu aset yang sering kali di banggakan. Siapa ada kereta mewah boleh kata ‘hot stuff’ & ‘market’  la. Jom tengok antara 10 kereta termahal dunia pada tahun 2012. Berikut adalah 10 kereta paling mahal tahun ini yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.
10. Porsche 918 Spyder (USD 845,000)

9. SSC Tuatara (USD 970,000)
.
8. Hennessey Venom GT (USD 1,000,000)
.
7. Pagani Huayra (USD 1,300,000)
.
6. Maybach Landaulet (USD 1,400,000)
.
5. Aston Martin One-77 (USD 1,400,000)
.
4. Koenigsegg Agera R (USD 1,711,000)
.
3. Zenvo ST1 (USD 1,800,000)
.
2. Ferrari 599XX (USD 2,000,000)
.
1. Bugatti Veyron Supersport (USD 2,600,000)

10 Kereta Terpantas Di Dunia Pada Tahun 2013

Sekarang sudah pertengahan tahun 2012, mungkin para peminat jentera laju sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu tahun hadapan. Oleh itu, satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman Total Car Score. Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editorlaman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013. Jom lihat gambar di bawah ini.











Teknologi Hybrid Kenderaan

Ketika manusia terus mengeksploit bumi untuk sumber alam, mereka semakin menyedari mengenai kerosakan yang terjadi akibat perbuatan mereka. Pada abad kebelakangan ini, manusia semakin menyedari betapa terlalu teruknya kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan ini menjadikan mereka semakin serusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.

Salah satu sebab utama minyak digali daripada dalam bumi adalah bagi bahan api kenderaan pengangkutan. Selain daripada sumber pencemaran, minyak merupakan bahan api yang terdapat dalam jumlah yang terhad. Oleh itu akan sampai pada satu ketika di mana bumi akan kehabisan minyak dan ini akan menimbulkan masaalah kepada sistem pengangkutan.

Pakar sains dan penyelidik menyedari bahawa kenderaan pengangkutan seperti lori dan kereta tidak memerlukan minyak semata-mata, malah terdapat bahan api pilihan lain. Disebabkan oleh itu, pelbagai bahan api pilihan lain telah dimajukan bagi menggantikan minyak. Diantara bahan api yang mempunyai peluang untuk dimajukan adalah seperti berikut.

        Bahan Api Bio.
        Elektrik
        Hidrogen

Kenderaan elektrik merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik bagi mengerakkannya. Kenderaan elektrik berkesan bagi menggerakkan kenderaan sebagaimana minyak. Selain itu, kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar, mempelbagaikan sumber tenaga, dan ciptaan baru dalam bidang industri kenderaan, kenderaan elektrik telah dipilih untuk dimajukan. Ini adalah kerana ia menawarkan jawapan kepada masaalah sumber tenaga bagi masa panjang, dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Terdapat tiga pendekatan bagi membekalkan kuasa bagi kenderaan berkuasa elektrik, iaitu hybrid, suria, dan sel bahan api (fuel cells). Walaupun kenderaan berkuasa elektrik bukannya ciptaan baru, kebanyakan kemajuan dalam industri kenderaan elektrik dibangunkan semenjak 1980-an, dan dengan applikasi teknologi moden, pereka kenderaan elektrik mampu meningkatkan kenderaan elektrik menjadi lebih berkesan dan berkuasa tanpa mencemarkan alam sekitar.

    Sejarah kenderaan elektrik telah lama bermula semenjak abad ke 17 lagi. Kenderaan elektrik pertama yang diketahui merupakan model kecil yang dibina oleh Professor Strtingh pada tahun 1835 di Bandar Duct di Groningen. Kereta ini bagaimanapun tidak pratikal disebabkan harganya yang tinggi dan tempoh hayat bateri yang singkat.

    Kenderaan elektrik yang pratikal dibina adalah sebuah kereta elektrik kecil yang dibina oleh Thomas Davenport di Amerika Syarikat. Thomas meningkatkan keupayaan kereta elektriknya, mengurangkan harganya, dan menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih berkuasa. Walaupun dengan peningkatan ini, kereta elektrik tersebut tidak popular kerana dia terpaksa menggunakan bateri tidak boleh caj semula bagi kenderaannya. Kelihatannya orang awam tidak mungkin menggunakan kenderaan elektrik disebabkan faktor bateri, tetapi ini semua bertukar apabila Gaston Plante seorang Perancis mencipta bateri simpanan boleh dicaj semula pada tahun 1865.

    Kenderaan elektrik pertama yang mendapat perhatian dunia adalah kereta lumba La Jamais Contente. Ia dibina di Belgium pada 1899 untuk berlumba. Kereta tersebut memecahkan rekod dunia di Perancis dengan dipandu oleh Camille Jenatzy pada tahun 1899, dengan kelajuan sehingga 62 batu sejam. Bagaimanapun kenderaan elektrik dipinggirkan apabila kenderaan menggunakan minyak dimajukan, sehinggalah 1980-an.

    Pada 1900-an kenderaan elektrik dimajukan bagi kegunaan lain selain kenderaan awam. Ia dimajukan sebagai cara murah bagi bergerak jarak dekat dalam kilang, padang golf, dan kampus, terutamanya di mana terdapat keperluan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Tidak lama kemudian, orang ramai mula melihat peluang bagi kenderaan elektrik. Pada awal 1980-an pasukan penyelidik dibentuk, dibiayaai oleh syarikat kereta utama dunia bagi membangunkan semula kenderaan elektrik dengan penggunaan kemajuan teknologi baru dalam bateri, pengabungan sistem dan aerodinamik.

Tidak lama kemudian terdapat ura2 kerajaan akan mewajibkan kepelbagaian sumber tenaga, dan syarikat kenderaan, tenaga elektrik, dan masyarakat pendidik akademik mula melakukan penyelidikan, ujian dan membangunkan kenderaan berkuasa elektrik.

    Sekitar 1990 beberapa bandar California mulai menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber tenaga bas, kereta-jalan (streetcars) dan kenderaan pengangkutan awam untuk membantu mengurangkan tahap pencemaran udara.

    Pada tahun 1992, pihak Kongres Amerika meluluskan Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan yang ditanda tangani oleh Presiden Bush yang menyatakan antara lain bahawa penggunaan petrol di U.S. akan dikurangkan sehingga sepuluh peratus menjelang tahun 2000 dan 30% menjelang 2030.

Dengan pengumuman ini, lebih banyak syarikat dan pasukan penyelidik telah menyertai penyelidikan kenderaan kuasa elektrik. Pengeluar kereta gergasi seperti Honda, GM dan Chrysler membelanjakan berjuta dolar bagi penyelidikan agar kenderaan elektrik akan dapat dihasilkan bagi jualan seawal 1996. Juga semenjak Akta Polisi Pencemaran Kebangsaan diluluskan kenderaan elektrik ditonjolkan secara meluas diseluruh US dan kerajaan turut menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik. Salah satu punca kenderaan elektrik dimajukan adalah bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Oleh kerana sebahagian besar minyak digunakan bagi pengangkutan, ia merupakan industri pencemar udara terbesar di dunia, dengan itu terdapat keperluan mendesak bagi mencipta kenderaan yang tidak bergantung kepada minyak. Kenderaan elektrik berpotensi menjadi jawapan terbaik bagi permasaalahan ini. Kenderaan elektrik secara purata adalah 98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran dalam menurut perbandingan kadar pencemaran udara. Ini bererti bahawa sekiranya kenderaan elektrik menggantikan kereta tradisional, pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun.

Selain itu, asap dari enjin pembakaran dalam mendorong kepada pengurangan ozon dan pembentukan lubang ozon. Ini mampu meningkatkan kadar radiasi ultra ungu sampai ke bumi, di mana ia merosakkan tanaman, tumbuhan dan punca penyakit Barah. Penggunaan minyak turut menyumbang kepada kerosakan sistem ekonomi dunia dan menggantikan kereta berkuasa petrol dengan kenderaan elektrik akan mengurangkan kesan ekonomi yang akan diakibatkan oleh kehabisan sumber minyak kepada dunia. Kekurangan minyak selama 5 tahun secara berterusan mampu menyebabkan harga minyak mencecah tiga kali ganda, sesuatu yang sukar dipercayai.

Namun sekarang, manusia semakin menyedari betapa serius kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan inimenjadikan mereka semakin berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.

Smart Phone


Samsung lancar Galaxy S4

Cetak
Samsung lancar Galaxy S4PRESIDEN dan Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Teknologi Maklumat, Samsung Electronics, JK Shin ketika memperkenalkan segmen telefon pintar Galaxy S4 di New York, pagi tadi.
NEW YORK: Samsung terus menyemarakkan segmen telefon pintar global apabila syarikat itu melancarkan Galaxy S4 sebentar tadi.

"Untuk setiap individu kehidupan ini adalah satu perjalanan . Apa yang kami mahu tampilkan adalah peranti yang boleh dibawa bersama ke mana saja; atau teman yang dapat membantu kita menjalani kehidupan lebih bermakna," kata Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Samsung di sini, sebentar tadi.
Gergasi produk elektronik Korea Selatan itu memperkenalkan siri telefon pintar daripada model Galaxy di Dewan Muzik Bandar Radio menerusi satu majlis berkonsepkan persembahan teater sebagai usaha menampilkan kelainan ketika melancarkan produk baru mereka.


Pada masa sama, Samsung turut mengumumkan model terkini telefon pintar Galaxy S4 akan dipasarkan ke 155 negara pada penghujung April depan.

Galaxy S4 yang menampilkan ciri lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini turut dilengkapi teknologi Definisi Tinggi, saiz skrin pada 12.7 sentimeter serta keupayaannya memahami sembilan bahasa di dunia. - AFP

Kenderaan recond ada kelebihan



ANTARA kereta-kereta mewah yang pastinya menarik perhatian pelanggan setiap kali berkunjung ke ruang pameran KNMT.
EKONOMI negara yang semakin berkembang dari tahun ke tahun turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pelbagai produk.
Antaranya ialah sektor automotif dalam bidang perindustrian. Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, rakyat negara ini mempunyai bermacam-macam model untuk dipilih sesuai dengan cita rasa dan kemampuan.
Sudah tentu kereta nasional seperti Proton, Perodua dan Naza mendahului senarai dari segi jumlah jualan.
Namun, itu tidak bermakna kereta-kereta import sama ada yang dipasangkan di negara ini (CKD) atau unit diimport sepenuhnya (CBU), kurang permintaannya.
Tetapi ada satu lagi kategori kereta import yang digemari rakyat negara ini terutama yang membabitkan jenama mewah. Ia dikenali sebagai keretarecond, iaitu kereta terpakai di luar negara terutama Jepun dan Eropah yang telah dibaik pulih dan diimport untuk pasaran negara ini.
Mengulas trend kenderaan recond pada masa kini Pengarah Operasi Kumpulaniaga Mahmud Taib Sdn. Bhd. (KNMT) iaitu syarikat penjual dan pemegang permit import (AP), Shazwann Osman berkata, tiga model yang paling digemari di negara ini adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota dari model Estima, Alphard dan Vellfire. Ia diminati kerana kapasiti kabin yang luas untuk kemudahan pejabat dan keluarga.
Model itu katanya, merupakan yang mendapat permintaan tinggi selain jenama-jenama mewah lain termasuk Mercedes, BMW, Lexus, Mazda, Honda, Hummer dan sebagainya.
Kelebihan kereta recond terutama dari jenama mewah ialah harganya lebih rendah berbanding kereta baru.
Mengenai persepsi negatif terhadap kereta recond, Shazwann berkata, para pembeli tidak perlu bimbang kerana syarikat yang bertanggungjawab selalunya akan memastikan hanya membawa masuk kenderaan yang berada dalam keadaan terbaik.
"Bagi setiap kenderaan yang dibawa masuk dari Jepun, kita akan pastikan setiap unit melalui pemeriksaan yang teliti dan mempunyai sijil pengiktirafan dari negara itu.
"Pembeli juga tidak perlu bimbang mengenai pengubahsuaian yang dilakukan kerana kelulusan dibuat mengikut kesesuaian dan undang-undang di negara ini," katanya.
Selain itu katanya, tiga penyelenggaraan asas akan dilakukan ke atas kenderaan terbabit sebelum diserahkan kepada pelanggan.
"Tiga penyelenggaraan itu ialah penukaran pad brek, minyak enjin dan minyak kotak gear," jelasnya.
Selain itu, kenderaan tersebut juga tetap ada jaminan tersendiri.
Kata Shazwann, jaminan terakhir bagi setiap kenderaan recond yang diguna pakai di Jepun antara tempoh satu hingga lima tahun (maksimum) bagi pembelian selama enam bulan.
Sementara itu Shazwann berkata, pihaknya juga berusaha sedaya upaya untuk memendekkan tempoh pelanggan menunggu.
Pembelian kenderaan jenis itu menurutnya mengambil masa kira-kira dua minggu jika stok ada dalam simpanan. Manakala untuk tempahan khas, proses mengambil masa sehingga sebulan setengah.
"Harga bagi setiap unit kereta recond ditetapkan mengikut usia, spesifikasi dan aksesori. Untuk mendapatkan aksesori tertentu dari Jepun, pelanggan boleh berbincang dengan jurujual," ujarnya.
Tetapi yang nyata, kereta recond tetap mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

Monday, 18 March 2013

Kereta elektrik Malaysia mula dikomersial 2014


Kereta elektrik Malaysia mula dikomersial 2014

 Oleh Shahrizan SalianCetak
Kereta elektrik Malaysia mula dikomersial  2014PROTON turut meneroka teknologi kereta hibrid/elektrik seperti yang dipamerkan pada satu pameran automotif baru-baru ini. - Foto hiasan
Pelan induk EV masuki fasa tiga pelaksanaan tahun depan

Pelan Induk Kenderaan Elektrik (EV) akan memasuki fasa ketiga pelaksanaannya tahun depan dengan lima sasaran jangka pendek untuk mereali-sasikan hasrat negara menjadi peneraju serantau industri EV menjelang 2020. 
Fasa ketiga itu, yang juga komponen Pelan Induk EV paling komprehensif akan menyaksikan pengkomersialan kenderaan elektrik secara besar-besaran di negara ini bermula 2014. 

Kami juga meninjau mengoptimumkan komponen seperti suhu, elektrik, mekanikal serta elemen keselamatan kenderaan elektrik di samping mengurangkan jisim komponennya," Mohd Azrin Mohd Ali, Naib Presiden Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan Malaysian Green Techology Corporation

Naib Presiden Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan Malaysian Green Techology Corporation (GreenTech Malaysia), Mohd Azrin Mohd Ali, berkata lima sasaran jangka pendek fasa ketiga Pelan Induk EV itu termasuk pengeluaran 12,000 kenderaan elektrik dan 40 bas elektrik antara 2013 hingga 2015.

Beliau berkata, ia juga menyasarkan pengeksportan kenderaan EV oleh pengeluar tempatan di samping pemasangan 2,500 pengecas awam.

“Fasa ketiga itu juga menyasarkan untuk melahirkan pengeluar bateri tempatan di samping mewujudkan pelan penyelesaian mudah alih elektrik (E-Mobility),” katanya pada Seminar Rundingan Meja Bulat EV 2012 anjuran GreenTech Malaysia, semalam.

Pelan Induk EV yang bermula pada 2011 menggariskan beberapa strategi dan pelan bagi infrastruktur, sumber, dasar dan peraturan kenderaan elektrik di negara ini. 
Fasa keduanya yang sedang giat dijalankan ketika ini merangkumi beberapa projek demonstrasi perintis bersama pengeluar seperti PROTON, Nissan dan Mitsubishi.

Peserta berpengalaman

Sasaran akhir pelan induk itu ialah menghasilkan 100,000 kenderaan elektrik di Malaysia pada 2020, atau 10 peratus daripada jumlah kenderaan dalam pasaran tempatan. Ia juga menyasar meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau industri EV dalam tempoh itu.

Pelan induk itu dibangunkan oleh GreenTech Malaysia menerusi rundingan dengan pelbagai peserta industri yang berpengalaman dalam bidang berkenaan, di samping mengambil model terbaik dari negara maju yang mempunyai dasar EV lebih matang sebagai perbandingan.

Berdasarkan Pelan Induk EV itu, industri EV dijangka menjana pendapatan negara kasar (PNK) bernilai RM7.5 bilion dan mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan baru pada 2020.

Mengoptimum komponen

Mohd Azrin berkata, antara bidang pembangunan teknologi yang sedang ditumpukan GreenTech Malaysia untuk memacu industri EV ke peringkat lebih tinggi ketika ini ialah kaedah meningkatkan simpanan tenaga kenderaan, mengurangkan kos pengeluaran kenderaan elektronik dan menambah baik kecekapan penggunaan tenaganya.

“Kami juga meninjau mengoptimumkan komponen seperti suhu, elektrik, mekanikal serta elemen keselamatan kenderaan elektrik di samping mengurangkan jisim komponennya,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai motivasi yang kukuh untuk memajukan industri EV ke tahap lebih tinggi, termasuk menguasai pasaran serantau dari segi pengeluaran, pembiayaan dan penyelesaian sokongan.

“Kita bertuah kerana masih memiliki pengeluar automotif yang berdaya saing seperti PROTON untuk menghasilkan kenderaan elektrik untuk pasaran Asia dan ASEAN, justeru berpeluang besar meraih kedudukan sebagai peneraju dalam industri,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KF Automotive Customer Form

Name:
I/C Number:
Address:
Phone Number:
Email Address:
Occupation:
Basic salary:
Who are you work for? Government
Non-government
What type of car do you drive? Sedan
Wagon
Minivan
What type of car do you like? Sedan
Wagon
Minivan

This form powered by Freedback

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More